Tinggalkan Warisan Bukan Beban Bukan Masalah Bukan Jerit Perih

Hibah Takaful Untuk Masa Depan Yang Tenang Dan Keluarga Yang Terlindung

Bayangkan satu hari nanti, Apabila kita sudah tiada

siapa yang akan menjaga keluarga kita?

Siapa yang akan membayar ansuran rumah, bil bulanan, keperluan sekolah anak-anak?

Adakah kita ingin tinggalkan mereka dalam keadaan yang cukup…

atau terkapai-kapai?

Kisah Benar: "Baru 32 Tahun, Sudah Pergi…

Arwah Hafiz baru 32 tahun.
Baru 2 tahun buka kedai makan kecil-kecilan. Baru 6 bulan beli rumah pertama untuk keluarganya.
Anak sulung baru berumur 4 tahun.

Hidup nampak penuh harapan.
Tapi satu pagi, Hafiz mengadu sakit dada β€” dan rebah.
Serangan jantung.
Di hospital, doktor hanya menggeleng.

Isterinya, Aina, terpinga-pinga.
Tak sangka, dalam sekelip mata, suami tercinta pergi buat selama-lamanya.

Masalah mula datang satu persatu:

🏚️ Rumah masih dalam pinjaman, atas nama Hafiz β€” kini harta beku.
πŸ“š Yuran taska anak sudah overdue.
🍽️ Duit sewa kedai, bil elektrik, hutang pembekal β€” semua menunggu.

Lebih sedih, Aina hanya suri rumah sepenuh masa.

Dalam masa 6 bulan, Aina terpaksa pindah keluar dari rumah yang dibeli bersama.
Tinggal menumpang rumah adik.
Anak-anak terpaksa dihantar ke sekolah kerajaan biasa, walaupun sebelum ini Hafiz berjanji mahu beri pendidikan terbaik.

Semua impian itu β€” hilang sekelip mata.

Hanya kerana satu perkara: tiada pelan hibah.

Sediakan hibah bukan kerana kita takut mati,
Tapi kerana kita cintakan mereka yang akan hidup selepas kita pergi.

apa itu hibah ?

Hibah Takaful adalah hadiah kasih sayang yang anda tinggalkan untuk keluarga tercinta apabila anda tiada lagi di dunia ini.
Ia satu bentuk perlindungan β€” di mana anda tetapkan sejumlah wang pampasan kepada pasangan, anak-anak atau sesiapa sahaja yang anda sayangi.

Berbeza dengan harta biasa yang perlu melalui proses faraid, hibah takaful terus diberikan kepada penerima tanpa perlu tunggu bertahun atau melalui perebutan waris.

Dalam erti kata mudah:

“Anda sediakan wang tunai segera untuk isteri dan anak-anak. Mereka tidak perlu bergelut mencari makan selepas pemergian anda.”

Ia bukan sekadar wang pampasan

Β tetapi satu manifestasi kasih sayang terakhir anda kepada keluarga.

Dengan hibah takaful:

Andai kata anda mati & anda mengambil hibah takaful. Duit hibah tersebut boleh bantu untuk selesaikan hutang tertunggak, bil, kos tambahan lain & beri pada yang tersayang untuk dimanfaatkan apabila anda sudah tiada.

Andai kata berlaku musibah pada diri seperti hilang upaya, sakit kritikal. Anda akan dapat pampasan, duit tersebut pastinya akan bantu untuk digunakan sebaik mungkin.

Andai kata jika anda sakit & perlu rawatan hospital. Anda sudah tak risau sebab takaful akan tanggung kos rawatan sepanjang buat rawatan di hospital.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Perkenalkan Diri Saya.Saya Nor Aishah merupakan perunding AIA Public Takaful dari iRich, salah satu agensi AIA bumiputera di malaysia. Saya merupakan Full time takaful agent dalam menguruskan Hibah, Medical card, Pampasan, Investment, Mrtt, Mltt secara patuh syariah.

Saya mempunyai pengalaman membantu ramai klien mendapatkan plan perlindungan takaful yang terbaik mengikut bajet & keperluan.

Nor Aishah

saya belajar bahawa setiap pelanggan bukan sekadar ‘nombor’. Setiap keluarga ada cerita, harapan, dan impian yang ingin dipelihara. Dengan pengalaman ini, saya komited bantu anda pilih pelan hibah & medical card paling tepat β€” kerana anda dan keluarga layak menerima perlindungan terbaik.

Ikuti Perkembangan Tentang Hibah Takaful Dengan Saya (follow) :

Penting Sangat Ke Hibah Ni ?

Kenapa Anda PerlukanΒ  Hibah Takaful ?

Untuk pastikan keluarga tidak hidup dalam kesempitan.

Tanpa hibah, isteri dan anak-anak mungkin terpaksa bergelut mencari sumber kewangan segera untuk meneruskan hidup β€” membayar sewa rumah, bil utiliti, pendidikan anak, dan keperluan harian.

Untuk elakkan harta anda dibekukan bertahun-tahun.

Akaun bank, rumah, kereta dan segala harta anda akan dibekukan sejurus anda meninggal dunia, dan proses untuk cairkan harta pusaka boleh mengambil masa bertahun lamanya.

Untuk mudahkan pasangan dan anak-anak teruskan kehidupan.

Dengan hibah, waris akan menerima pampasan tunai dalam tempoh singkat, membolehkan mereka meneruskan kehidupan tanpa tekanan kewangan yang berat.

Untuk teruskan legasi kasih sayang anda, walaupun anda telah pergi.

Hibah adalah simbol cinta yang abadi β€” hadiah terakhir daripada anda untuk memastikan keluarga tetap selesa dan terjaga, walaupun anda tiada di sisi.

Untuk elakkan pertikaian harta di kalangan waris.

Hibah mengelakkan pergaduhan keluarga tentang pembahagian harta, kerana pampasan takaful adalah milik mutlak penerima hibah yang anda pilih sejak awal.

Siapa Yang Sangat Perlukan Hibah?

Pasangan mempunyai rumah atas satu nama suami isteri (Sole ownership house) @ proxy

Pasangan mempunyai rumah atas dua nama suami & isteri (Joint ownership house)

Pemilik perniagaan untuk kesinambungan perniagaan selepas kematian

Pasangan mempunyai anak perempuan sahaja

Pasangan mempunyai anak lelaki & perempuan tetapi ingin mengagihkan harta sama rata

Pasangan mempunyai anak OKU (perlu jagaan khas)

Pasangan mempunyai anak angkat

Pasangan tidak mempunyai anak

Lelaki yang BERPOLIGAMI

Saudara baru (mualaf)

Individu bujang / tidak berkahwin

Lelaki / wanita berkahwin semula

Saya percaya, kini semakin ramai yang mula sedar tentang betapa penting dan bernilainya memiliki Hibah Takaful β€” sebagai hadiah terakhir untuk insan tersayang sekiranya musibah menimpa.

Apa Risiko & Masalah Jika Tiada Hibah?

Akaun bank dibekukan, waris tidak boleh akses wang segera.

Selepas pemergian anda, semua akaun bank atas nama anda akan dibekukan serta-merta. Pasangan anda mungkin tidak dapat keluarkan walau satu sen untuk kegunaan harian atau kecemasan.

Harta pusaka perlu lalui proses faraid yang panjang dan rumit.

Pembahagian harta mengikut faraid memerlukan kos guaman, masa bertahun-tahun, dan boleh menyebabkan tekanan emosi kepada pasangan dan keluarga.

Pasangan dan anak-anak terpaksa bergantung belas ihsan orang lain.

Tanpa sumber kewangan segera, isteri mungkin terpaksa bergantung pada ihsan keluarga, saudara-mara, atau terpaksa keluar bekerja serta-merta walaupun masih bersedih.

Harta pusaka perlu lalui proses faraid yang panjang dan rumit.

Pembahagian harta mengikut faraid memerlukan kos guaman, masa bertahun-tahun, dan boleh menyebabkan tekanan emosi kepada pasangan dan keluarga.

Hutang rumah/kereta tertunggak boleh menyebabkan rumah dilelong.

Jika tiada hibah untuk melunaskan hutang, rumah atau kenderaan yang masih dalam pinjaman berisiko ditarik balik oleh bank.

Potensi pertikaian harta di kalangan waris.

Harta pusaka yang tidak dibahagikan dengan jelas boleh menjadi punca pergaduhan sesama adik-beradik, ibu bapa dan pasangan β€” merosakkan hubungan keluarga yang selama ini harmoni.

Pelan Hibah Takaful AIA β€” Solusi Yang Anda Perlukan!

Kenapa pilih Hibah Takaful AIA?

Pampasan tunai tinggi dengan caruman yang fleksibel.

Dengan AIA, anda boleh nikmati pampasan tunai yang besar untuk waris, walaupun dengan bayaran caruman yang berpatutan dan fleksibel mengikut kemampuan anda. Tak perlu bebankan diri untuk melindungi yang tersayang.

Perlindungan segera tanpa perlu tunggu.

Sebaik sahaja polisi diluluskan dan aktif, anda terus dilindungi. Tiada tempoh tunggu bertahun-tahun β€” supaya keluarga anda sentiasa ada 'payung' walau apa pun yang berlaku.

Perlindungan segera tanpa perlu tunggu.

Sebaik sahaja polisi diluluskan dan aktif, anda terus dilindungi. Tiada tempoh tunggu bertahun-tahun β€” supaya keluarga anda sentiasa ada 'payung' walau apa pun yang berlaku.

Proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk waris.

AIA terkenal dengan sistem tuntutan yang cekap dan mesra waris. Ini bermaksud, keluarga anda tidak perlu menunggu lama atau melalui proses rumit untuk mendapatkan wang pampasan yang telah anda sediakan.

Pelan fleksibel mengikut bajet anda β€” dari serendah RMxx sebulan.

Anda boleh pilih sendiri berapa jumlah perlindungan yang anda mahu, dan sesuaikan caruman ikut bajet bulanan. Bermula dengan serendah RMxx, anda sudah boleh mula lindungi keluarga daripada beban kewangan.

Berpeluang tambah rider perlindungan penyakit kritikal, kemalangan, atau hospital.

Bukan sekadar pampasan kematian β€” anda juga boleh tambah pelindungan tambahan (rider) seperti penyakit kritikal, kemalangan atau manfaat hospital. Ini menjadikan pelan anda lebih komprehensif dan menyeluruh.

Sesuai untuk suami isteri, usahawan, pekerja kerajaan/swasta, dan semua lapisan umur.

Tak kira anda seorang pekerja, usahawan, ibu bapa, atau baru sahaja mula berkeluarga β€” pelan hibah AIA ini direka untuk memenuhi keperluan semua peringkat usia dan latar belakang.

Promosi Terbaru MAY 2025 Dari AIA Hibah Takaful

Kenapa Pilih Saya Sebagai Penasihat Hibah & Medical Card Anda?

Sejak 2010, saya telah bantu ramai keluarga lindungi masa depan mereka. Dengan pengalaman bertahun-tahun, saya faham β€” setiap orang ada keperluan berbeza. Tugas saya? Pastikan anda dapat pelan terbaik, ikut situasi dan bajet anda, tanpa pening kepala.

Apa Kata Mereka Yang Telah Memilih Saya Untuk Uruskan Hibah Takaful AIA?

Servis selepas pendaftaran adalah segalanya. Bukan sekadar daftar hari ini, kemudian hilang esok. Komitmen, kecekapan, dan keprihatinan saya terhadap anda dan keluarga anda akan berterusan β€” kerana bagi saya, ini tentang amanah menjaga masa depan orang tersayang.

β€œ banyak lagi pakej menarik untuk anda tahu. Hubungi saya, saya akan bantu dapatkan pakej takaful terbaik untuk anda !”

Soalan yang sering ditanya mengenai takaful hibah

Suami. Jika isteri pun ada komitmen dan bekerja, dia pun patut ambil.

Sebaiknya 5 tahun gaji. Cth: Gaji 2,000 x 60 bulan = 120,000 takaful

Kalau sakit kritikal, sebaiknya tambah 5 tahun gaji lagi.

Bagus, tapi kena fikir keperluan waris juga untuk hibah takaful.

Boleh.. Sewaktu sihat dulu la. Kalau dh ada takaful akan cover yg blm kritikal sahaja.. so cepat2 ambil ya..

Tak penting sekarang sebab tak rasa lg. Bila dah sakit baru rasa penting. Kalau dah meninggal, lagi la tak sempat nak rasa apa-apa.

Kalau yakin tak mati, syukur alhamdulillah.. Jap.. (1hour later..)

Saya tanya encik.. Encik renew roadtax dan insurans kereta setiap tahun, ada pulangan ke? Kalau nak yg ada pulangan kita boleh buat investment link takaful.

Tak rugi sebab Allah kurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Dalam masa yang sama, encik konsisten dalam menderma setiap bulan tanpa gagal. Tahu konsep takaful iaitu tabarru’? PM tepi utk lebih lanjut.

Mati tak mengenal usia.. Covid-19 pun tak mengenal siapa. Rumah keperluan.. Takaful pun keperluan. Tapi takaful yang akan melindungi rumah seandainya encik sakit kritikal atau meninggal nanti.

Ramai cakap macam tu.. Tapi langsung tak ingat apa yang dia ambil. Boleh saya tolong review takaful plan encik?

Kalau anak puan kecil lagi.. Umur 18 tahun nanti baru dapat. Dari sekarang sampai la dia dah 18 nanti, nak makan apa kalau puan dah tiada esok? Suami pun ada masalah kewangan untuk sekolahkan anak lepas puan tak ada nanti. Tak kesian? Kalau takut sgt letak nama penerima yg puan yakin dpt berikan kebajikan kepada anak puan.